Select Page

“Lebih banyak bakat baharu akan dilahirkan” – Safee

“Lebih banyak bakat baharu akan dilahirkan” – Safee

BEKAS penyerang kebangsaan, Safee Sali menyifatkan kejohanan Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bukan sahaja mampu melahirkan bakat baharu dikalangan pemain tetapi lebih banyak jurulatih tempatan akan mencipta nama di Piala MFL.

Tambahnya, Piala MFL mempunyai struktur tersendiri yang sangat baik sebagai kesinambungan pembangunan pemain-pemain muda selepas Piala Presiden dan Piala Belia.

“Pemain-pemain ini mampu meneruskan kerjaya mereka pada pentas Bawah 23 tahun dan dalam masa sama, saya rasa Piala MFL mampu menjadi medan kepada jurulatih muda mencipta nama.

“Saya harap Piala MFL mampu berkembang dengan baik sekaligus menjadi medan yang kompetitif dalam kita melahirkan pemain muda yang berkualiti,” katanya.

Menerusi undian yang dijalankan¬†Kumpulan A memperlihatkan 8 pasukan bakal bersaing iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.

Sementara itu baki 7 lagi pasukan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC akan bermain dalam Kumpulan B.

Video Terkini

Loading...