BEKAS pemain naturalisasi negara Lee Tuck tidak ‘melupakan’ untuk terus memakai jersi Malaysia biarpun kini telah kembali ke negara asalnya, England.
Pemain tengah berusia 36 tahun itu memberi kejutan dunia bola sepak tempatan apabila membuat keputusan balik ke United Kingdom dan kini berjaya dalam kariernya sebagai ejen hartanah.
Dalam kesibukannya selepas meninggalkan aksi di padang, jiwa Harimau Malaya dalam diri Lee Tuck masih menebal apabila kelihatan dia bersama dua anak perempuan berkongsi memakai jersi Malaysia.
View this post on Instagram
“Saturday afternoon kick about with Malay girls”, tulis Lee Tuck di laman instagramnya.
Bekas pemain Kedah Darul Aman FC itu menyarung jersi skuad Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Jun lalu.
Walaupun dirinya sudah kembali ke England, tetapi segelintir penyokongnya di Malaysia masih berharap agar Lee Tuck terbuka fikirkan untuk pulang ke kelab di Liga Malaysia.