KEJAYAAN Pearly Tan-M Thinaah mendapat perhatian ramai yang teruja dan membangkitkan semangat patriotisme.

Kegembiraan itu pastinya diraikan rakyat Malaysia yang menunjukkan keterujaan menerusi pelbagai platform media sosial.

Namun, antara yang menarik perhatian adalah petikan ‘posting’ daripada bekas beregu wanita nombor dua dunia dari Denmark, Kamilla Rytter Juhl dan Cristina Pedersen.

Menerusi akaun Instagram dikongsi bersama dua legenda itu, mereka memetik “New power double. Love the aggressive style.”

 

Akaun Instagram milik Kamilla Rytter Juhl dan Cristina Pedersen memuatnaik mengenaik kemenangan dan gaya permainan Pearly-Thinaah.

Petikan dimuat naik akaun @rytterjuhlpedersen itu dikongsi semula Thinaah dan Pearly yang berterima kasih atas penghargaan legenda itu.

Tidak ketinggalan bekas pemain nombor satu dunia dan ‘living legend’ Malaysia, Datuk Lee Chong Wei yang mengucapkan tahniah di Instagram dan Facebook miliknya,

“Tahniah kepada Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, anda berdua membuat kami bangga, sangat membanggakan.

“Pearly dengan kehebatan menyerang dan Thinaah dengan pukulan pertahanan dan pukulan jaring lintang gelanggang, kedua-dua ‘puteri’ ini benar-benar membanggakan kami dengan menjadi juara berganda wanita Terbuka Perancis yang pertama.

Selain memuji gandingan Pearly Tan-M Thinaah di Facebook, Lee Chong Wei turut mengucapkan tahniah di Instagramnya.

“Secara peribadi saya fikir mereka boleh pergi jauh, lebih jauh daripada kebanyakan. Teruskan merendah diri dan berlatih keras, sky is the limit,” kata Chong Wei di lalam Facebooknya.

Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Perancis selepas menang ke atas Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-19, 18-21, 21-15 di final semalam.