PERSEORANGAN wanita negara, Wong Ling Ching melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Indonesia II, sekali gus meneruskan prestasi terbaiknya selepas muncul naib juara Super 100 Malaysia, minggu lalu.
Sandaran negara yang dilerakkan selaku pilihan ketujuh kejohanan itu, bagaimanapun tidak diberi laluan mudah ketika berdepan pemain tuan rumah, Thalita Ramadhani Wiryawan apabila terpaksa bertarung tiga set selama 53 minit, sevelum menang 23-21, 14-21, 21-8.
Bagaimanapun hasrat melihat pemain muda, Siti Zulaikha ke suku akhir tidak kesampaian, setelahdia tunduk kepada pilihan utama dari Jepun, Minami Suizu 11-21, 24-26 dalam aksi 51 minit.
Di suku akhir esok, Ling Ching akan berdepan seorang lagi pemain tuan rumah. Mutiara Ayu Puspitasari.