PERMULAAN era baharu Perak FC di bawah kendalian Yusri Che Lah tidak menjadi apabila tewas 3-0 ketika melayan kunjungan Terengganu FC di Ipoh pada Sabtu petang.
Perlawanan ke-13 Liga Super itu jelas didominasi Terengganu dan pelawat tidak perlu menunggu lama apabila Adisak Kraisorn membuka akaun jaringan seawal minit kelima.
11 minit berselang, gawang The Bos Gaurus bolos lagi. Rembatan deras Sony Norde menewaskan Bryan See untuk gol kedua Terengganu dan kedudukan kekal hingga menuju ke bilik persalinan.
LIGA SUPER 2023
FT: Perak FC 0-3 Terengganu FC
⚽ Adisak Kraison 6', Sony Norde 16', Jordan Mintah 73'#LigaSuper2023#KejorYobKejor#PetehGanuPeteh pic.twitter.com/gQBdRiH4Vr
— Flash Sukan (@FlashSukan) June 3, 2023
Tidak banyak yang boleh dilakukan Perak FC selain setiap serangan ke kubu lawan mudah dipatahkan dan tidak menemui sasaran.
Sebaliknya, Jordan Mintah terus menggegarkan jaring tuan rumah m-74 sekali gus menjaringkan gol kelima peribadinya musim ini.
Tamat perlawanan, Terengganu berjaya meraih tiga mata dan kini mengutip 20 mata selepas berakhir pusingan pertama Liga Super.