BIARPUN tersingkir awal dari kejohanan Super 1,000 Terbuka Indonesia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka mendaki satu lagi anak tangga dalam ranking beregu lelaki 10 Jun depan, sekali gus menyaksikan Malaysia menguasai kedudukan Top 2 dunia.

Ini berikutan semi finalis tahun lalu, Kim Astrup-Anders Rasmussen dari Denmark, tersingkir di pusingan kedua sebentar tadi, dan bakal dipotong lebih banyak mata.

Astrup-Rasmussen yang tewas di separuh akhir Terbuka Indonesia tahun lalu di tangan gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dikejutkan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 27-29, 11-21 di pusingan kedua sebentar tadi.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik dijangka mendaki satu lagi anak tangga dalam ranking beregu lelaki 10 Jun depan, sekali gus menyaksikan Malaysia menguasai kedudukan Top 2 dunia.

Kekalahan itu bakal menyaksikan gandingan terbabit berdepan pemotongan 3,600 mata, sekali gus mengumpul sejumlah 86,811 mata dan turun ke tangga ketiga apabila mata ranking dikemaskini Selasa depan.

Sementara Aaron-Wooi Yik pula akan mengumpul 88,070 mata selepas dipotong 1,800 mata gara-gara gagal menyamai pencapaian mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia tahun lalu.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kekal di tangga pertama beregu lelaki dunia

Semalam Aaron-Wooi Yik tersingkir dari kejohanan selepas tunduk kepada satu lagi gandingan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 13-21, 2119, 18-21.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, dijangka kekal di tangga pertama beregu lelaki dunia, baik menang atau tewas di pusingan kedua Terbuka Indonesia.