PUMA memperkenalkan bola rasmi terbaru bagi saingan Premier League musim 2025/26 – PUMA Orbita Ultimate PL – dalam satu majlis pelancaran meriah di kedai flagship terbesar mereka di Asia, PUMA Sunway Pyramid, Kuala Lumpur semalam.

Bola yang akan digunakan di atas padang, taman dan halaman seluruh dunia ini direka dengan ketelitian tinggi, menampilkan 12 panel bersaiz seimbang bagi memastikan agihan berat yang tepat serta kestabilan ketika perlawanan. Teknologi high-frequency moulding pula menjamin ketahanan jangka panjang, manakala jahitan yang lebih dalam membantu meningkatkan aerodinamik dan sentuhan lembut – tidak kira dalam apa jua keadaan cuaca.

“Bola sepak sentiasa menjadi sebahagian daripada DNA PUMA. Hari ini, kami berbangga untuk meneruskan legasi ini sebagai penyedia rasmi bola perlawanan untuk liga bola sepak paling berprestij di dunia,” kata Steven Tan, Pengurus Negara PUMA Malaysia dalam kenyataannya.

PUMA Orbita Ultimate PL direka dan dibangunkan dengan teliti untuk memastikan pergerakan yang tepat dan sentuhan yang lembut setiap kali disepak.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan freestyle bola sepak berenergi tinggi yang mencerminkan semangat bebas, kreativiti dan keseronokan yang diwakili oleh PUMA Orbita Ultimate PL. Sebuah replika gergasi bola tersebut juga dipamerkan di premis Sunway sehingga 30 Jun ini.

Bersempena kempen Dare to Shine and Win, pengunjung yang bergambar bersama bola gergasi EPL dan memuat naik ke Instagram sambil menandai akaun @puma.malaysia berpeluang memenangi edisi khas PUMA Orbita Match PL Brilliance.

PUMA Orbita Ultimate PL direka dan dibangunkan dengan teliti untuk memastikan pergerakan yang tepat dan sentuhan yang lembut setiap kali disepak.

Kempen Have a Ball yang dilancarkan bersama bola ini turut menjadi simbolik kepada keseronokan sebenar bermain bola – bebas dari tekanan dan keraguan diri, sebaliknya digerakkan oleh naluri, semangat dan impian di atas padang.

PUMA Orbita Ultimate PL akan membuat penampilan sulungnya dalam aksi Premier League Summer Series di Amerika Syarikat pada Julai ini, sebelum digunakan secara rasmi pada minggu pertama Liga Perdana Inggeris bermula 16 Ogos. Bola ini kini boleh didapati di kedai-kedai PUMA terpilih dan pengedar sah di seluruh negara.