BINTANG bola sepak Perancis, Kylian Mbappé mengejutkan ramai apabila dalam temubual bersama L’Équipe beliau mengakui walaupun cintanya pada sukan itu mendalam namun beliau tidak mahu anak-anaknya terjebak dalam bola sepak profesional dan dengan jujur berkata “Saya harap anak-anak saya benci bola sepak”
Mbappé menjelaskan bahawa di sebalik kejayaan dan popularitinya wujud sisi gelap dalam dunia bola sepak yang jarang dilihat orang luar dengan tekanan berterusan tanggungjawab besar serta pandangan awam yang sentiasa menghakimi menjadikan kerjaya ini jauh lebih sukar daripada disangka, menurutnya tanpa semangat serta kecintaan mendalam terhadap permainan beliau mungkin sudah lama meninggalkannya.
“Saya sudah menerima hakikat bahawa bola sepak hari ini begitulah keadaannya, tetapi kehidupan di luar padang sangat indah. Jika bukan kerana semangat saya terhadap permainan ini, mungkin sejak dulu lagi saya sudah merasa jijik dengan dunia bola sepak.”
“Saya harap anak-anak saya membenci bola sepak dan tidak pernah mendekati dunia ini” katanya.
Walaupun beraksi cemerlang bersama Real Madrid dan skuad kebangsaan Perancis Mbappé tidak menyembunyikan rasa letih terhadap budaya bola sepak moden malah menyifatkan sebahagian aspek di belakang tabir sebagai “menjijikkan” yang mampu mematikan minat terhadap permainan itu namun cintanya pada bola sepak tetap menjadi kekuatan untuk meneruskan karier.
Pernyataan itu dianggap berani kerana berbeza dengan kebiasaan atlet elit yang biasanya berharap anak-anak mereka mengikut jejak langkah dalam sukan sebaliknya Mbappé lebih rela anak-anaknya memilih jalan hidup lain yang jauh daripada tekanan dan beban status pemain bola sepak bertaraf dunia.
Luahan Mbappé memperlihatkan pandangan dunia bola sepak moden yang di satu sisi menawarkan kegemilangan kejayaan dan kekayaan namun di sisi lain sarat dengan tekanan mental kehilangan privasi serta tuntutan luar biasa dan meskipun beliau akan terus bermain selagi cintanya pada bola sepak mengatasi rasa kecewa jelas beliau tidak mahu generasi seterusnya mengulangi pengorbanan yang sama.