PENDEKATAN unikMerihari” yang membawa maksud kerja keras dan rehat secukupnya menjadi formula utama pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi dalam mempersiapkan pasukannya bagi menghadapi musim 2025/2026 yang padat dengan pelbagai kejohanan. Pendekatan ini diyakini mampu mengimbangi ketahanan fizikal dan mental pemain untuk menghadapi cabaran.

Selain Liga Super, Red Giants juga akan terlibat dalam saingan Piala FA, Piala Malaysia, Liga Juara-Juara AFC II serta Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee. Justeru, Kinoshi mahu memastikan setiap pemain berada di tahap kecergasan optimum untuk mengharungi musim yang dijangka sengit dan mencabar.

Kerja keras dan rehat dengan betul. Hanya dengan cara ini, kita boleh pastikan pemain bersedia menghadapi banyak perlawanan sepanjang musim,” kata Kinoshi yang pernah berkhidmat sebagai penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan Serbia.

Sebagai persiapan rapi, Selangor FC akan menyertai lima perlawanan persahabatan di Bangkok dari 7 hingga 18 Julai depan. Namun, sebelum terbang ke Thailand, Kinoshi mahu barisan pemain terlebih dahulu memahami beberapa pendekatan taktikal baharu yang sedang dibentuk dalam sesi latihan.

“Kita perlu kukuhkan kefahaman terhadap taktikal dan membina kombinasi mantap antara pemain sebelum beraksi di Bangkok. Aksi persahabatan itu bukan sahaja untuk menguji kekuatan lawan, tetapi juga untuk memperhalusi rentak permainan kita,” tambah beliau.

Kinoshi turut menegaskan bahawa setiap pemain akan diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka ketika aksi persahabatan tersebut, sama ada beraksi selama 30, 60 atau 90 minit. Baginya, ia merupakan medan terbaik menilai prestasi dan keserasian pemaindalam sistem permainan baharu.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memberi peringatan kepada tonggak import baharu, Picha Autra agar tidak mengambil mudah persaingan dalam pasukan walaupun memiliki reputasi besar sebagai pemain tengah bertaraf antarabangsa dari Thailand.

Semua tahu kehebatan Picha, tapi tiada tempat automatik dalam kesebelasan utama. Dia perlu bersaing dengan pemain kebangsaan dan import lain yang juga mempunyai kualiti tinggi,” tegas Kinoshi yang mahu menanam semangat kompetitif di kalangan pemain.

Dengan prinsipMeriharisebagai panduan, Kinoshi yakin Selangor FC mampu membina skuad yang bukan sahaja mantap secara taktikal, tetapi juga mempunyai stamina mental dan fizikal untuk bersaing di peringkat tertinggi dalam semua kejohanan musim in