TIADA lagi isu antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kehadiran Menteri, Hannah Yeoh pada Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM ke-203 hari ini.

Presiden MOM Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, keutamaan adalah memastikan agenda sukan bukan hanya dilakukan untuk jangka pendek, sebaliknya untuk jangka panjang.

“Terima kasih kepada YB (Hannah Yeoh) yang mengambil langkah proaktif bertemu kami. Dia membawa positif (niat), mari lupakan apa yang berlaku beberapa hari lalu,” kata Norza.

Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, sahkan isu ditimbulkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim tidak jejaskan hubungan MOM-KBS.

Pada 12 Disember lalu, Norza menempelak Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim yang membuat kenyatan kontroversi, arena sukan negara harus bebas rasuah, ketidakcekpan dan ketirisan bagi meningkatkan mutu sukan ke peringkat yang lebih tinggi.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mahu KBS, MOM dan persatuan sukan bergerak seiring.

“Paling penting adalah membangun dan meningkatkan sukan negara. Menjaga kebajikan atlet dan bagaimana memastikan pentadbiran persatuan yang baik,” katanya.

Hal sama dikongsi Hannah, yang mengesahkan hubungan antara KBS dan MOM berada di tahap yang sama dan berkongsi tanggungjawab sama kepada sukan negara.

No problem between KBS and OCM (MOM) we are at the same page, there is no issue,” kata Hannah.

Beliau berkata, KBS dan MOM mahukan matlamat yang sama, memperjuangkan hak yang sama, jadi lebih baik mereka berkerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN :

Kenyataan tidak adil, tidak wajar dan prejudis,” Norza gesa Adam Adli justifikasi dakwaan unsur rasuah.