Select Page

MOM terima emel Astaf, sepak takraw tawar 22 pingat emas termasuk acara Chinlone

MOM terima emel Astaf, sepak takraw tawar 22 pingat emas termasuk acara Chinlone

KEMASUKAN Chinlone sebagai sebahagian acara sepak takraw di Sukan Sea Kemboja, Mei depan diyakini mampu menambah peluang pungutan pingat emas buat kontinjen negara ke Phnom Penh, Mei depan.

Namun belum ada kepastian kerana pemilihan pemain dan pasukan serta pengesahan penyertaan belum diputuskan Majlis OIlimpik Malaysia (MOM).

Setiausaha Agung MOM Datuk Nazifuddin Najib berkata, perkembangan yang dikongsi Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (Astaf), Datuk Abdul Halim Kader, mengenai penawaran 22 pingat emas bagi sukan sepak takraw sebagai satu perkara yang positif.

Setiausaha Agung MOM Datuk Nazifuddin Najib sahkan penerimaan emel daripada Astaf mengenai penawaran 22 pingat emas sepak takraw di Sukan Sea Kemboja, termasuk acara Chinlone.

“Ya ada peluang untuk skuad negara menambah pingat tetapi belum ada kepastian dan belum ada keputusan muktamad mengenainya. Kita di MOM juga belum memanggil persatuan untuk membincangkannya, mungkin selepas melakukan pemilihan pemain, baru dapat kita sahkan acara apa yang akan kita sertai,” kata Nazifuddin, ketika dihubungi.

Beliau mengesahkan bahawa MOM ada menerima emel daripada pihak Astaf mengenai penawaran 22 pingat emas seak takraw di temasya Kemboja itu nanti.

Chinlone, permainan tradisi rakyat Myanmar yang mirip kepada sepak takraw.

Chinlone adalah sejenis permainan sepak takraw yang diperkenalkan Myanmar sejak lebih 1,500 tahun dahulu, adalah permainan pembesar-pembesar Burma.

Sukan itu menggabungkan eleman seni pertahanan diri dan tarian.

Artikel Berkaitan:

Sukan Sea Kemboja, Sepak takraw tawar 22 pingat emas, Chinlone sahaja 12 emas

Kali pertama acara itu diperkenalkan di Sukan Sea, pada edisi 1969 ketika Myanmar menjadi tuan rumah temasya, namun hanya mula dipertandingkan di Napidaw, ketika negara itu menjadi tuan rumah sekali lagi pada 2013.

Pada 2017, ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea di Kuala Lumpur, acara itu turut dipertanding yang menawarkan empat pingat emas, dua dimenangi Myanmar manakala Malaysia dan Thailand masing-masing menang satu emas.

Video Terkini

Loading...