KONTINJEN negara ke Sukan SEA Thailand di Songkhla akan bergerak menggunakan laluan darat menaiki bas selepas Majlis Sukan Negara (MSN) menilai jarak perjalanan lebih dekat, mudah dan selamat untuk atlet.
Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, sembilan jenis sukan termasuk silat, muay thai, karate, wushu, gusti, judo dan catur terlibat dalam pergerakan besar itu.

Atlet akan bergerak secara berperingkat, bermalam di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan meneruskan perjalanan ke Songkhla dalam keadaan lebih segar.
Perjalanan ke sempadan dianggarkan enam jam dari Kuala Lumpur sebelum satu jam setengah ke lokasi pertandingan (Songkhla).

Bilangan acara dan venue sukan yang dianjurkan di Bangkok.

Bilangan acara dan venue yang bakal dipertandingkan di Songkhla.

Acara dan venue sukan yang bakal dipertandingkan di Chonburi.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan sasaran Malaysia kekal berdasarkan jumlah keseluruhan pingat tanpa mengira warna bagi mengurangkan tekanan atlet.
Pendekatan itu dibuat selepas nasihat pakar Universiti Sains Sukan Nippon Jepun yang terbukti membantu kejayaan kontinjen Sukan Asia Hangzhou.

MSN akan mengumumkan angka sasaran pingat rasmi dalam masa terdekat.
Malaysia bergerak dengan misi satu tujuan, pulang dari Songkhla dengan kejayaan.