DALAM pengurusan sukan, keputusan sama ada mahu pisahkan atau kekalkan gandingan atlet sentiasa menjadi dilema besar.
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei pernah melalui desakan pemisahan gara-gara isu dalaman yang hampir menamatkan kerjasama mereka.
Kebiasaannya, langkah memisahkan dianggap jalan selamat kerana ia mengurangkan konflik dan beri peluang cari pasangan baharu.
Namun, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil dengan idea berbeza, menilai potensi jangka panjang pasangan ini.
Beliau melihat keserasian taktikal mereka masih boleh dipulihkan dengan sokongan betul dan strategi tepat.
Keputusan mengekalkan mereka adalah taruhan berisiko tinggi dan boleh menjadi kegagalan besar atau kisah kejayaan luar biasa.
Hari ini, taruhan itu berbaloi apabila mereka muncul juara dunia, menukar naratif daripada “hampir berpisah” kepada “kembali bangkit.”
Kejayaan ini bukan sekadar pingat emas, tetapi bukti bahawa keberanian membuat keputusan berlandaskan analisis dan empati mampu melahirkan strategi bernilai emas.