MENGULANGKAJI menerusi rakaman video perlawanan pemain Hong Kong, memanfaatkan Leong Jun Hao apabila berjaya mengatasi lawan Ng Ka Long yang sangat berpengalaman pada pertemuan pertama kedua-dua pemain di pentas antarabangsa, ketika menghadiahkan satu mata buat skuad Piala Thomas negara yang berdepan Hong Kong dalam saingan kumpulan D.

Sebelum itu, pasukan badminton Malaysia berjaya menumpaskan Hong Kong dengan keputusan 5-0 pada aksi pagi di Chengdu, China.

Jun Hao yang turun sebagai pemain ketiga dalam perlawanan itu berhadapan dengan bekas pemain 10 terbaik dunia, Ng Ka Long.

Lee Zii Jia memberi mata pertama kepada pasukan Malaysia.

Hong Kong yang ketinggalan 2-0 pada masa itu memerlukan Ng Ka Long untuk dapatkan mata pada perlawanan ketiga untuk memberikan mereka harapan untuk menewaskan Malaysia.

Hasilnya, Ng Ka Long berjaya menumpaskan Jun Hao pada set pertama dengan keputusan 21-17.

Pemain negara yang berada di ranking ke-37 dunia itu kemudiannya bangkit pada set kedua sebelum berjaya menumpaskan pemain Hong Kong itu pada set ketiga dengan keputusan 21-12, 21-15 sekali gus memberikan mata kemenangan buat Malaysia.

Leong Jun Hao melihat video Ng Ka Long untuk memahami permainan dia. 

“Memang saya tahu saya akan berjumpa Ng Ka Long dengan jadi dari sana saya ada melakukan persiapan.

“Saya ada tengok video untuk macam mana nak lawan dia dan segala persiapan saya menjadi hari ini,” katanya kepada media.

Kapten pasukan badminton negara, Wooi Yik pula mengatakan bahawa berlawan dengan pasukan yang lemah tidak semestinya mereka boleh bermain-main.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui terdapat kekurangan dalam perlawanan menentang Hong Kong.

“Mentaliti saya memang kalau kita turun bermain saya rasa kita kena pegang point ini sebab ini point yang penting, kita tetap kena perlu fokus untuk main yang sebetulnya,” ujarnya.

Leong Jun Hao, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Lee Zii Jia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin dan Justin Hoh berjaya menumpaskan lawan mereka dengan membawa 5 mata untuk Malaysia.

Malaysia akan turun berlawan dengan Algeria pada aksi kedua kumpulan D pada esok hari.