RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David dengan kerjasama AIA Malaysia meluangkan masa bermain skuasy bersama pengamal-pengamal media di Nicol David Organisation (NDO), Bukit Jalil pada Jumaat.
Ramai pengamal media yang tidak melepaskan peluang berharga dalam program Squash it with Nicol David! dan turut bermain bersama beliau yang juga merupakan wanita Asia pertama berada di tangga ke-1 dunia dalam sukan skuasy.

Nicol dan Marina memberikan taklimat kepada peserta
Program tersebut bermula seawal jam 10 pagi dengan pemberian taklimat daripada Nicole dan Pengarah Eksekutif NDO, Mariana de Reyes kepada semua pengamal media serta kumpulan AIA Malaysia.
Apa yang menarik, semua yang terlibat diberikan tunjuk ajar cara memegang raket, menghayunkan raket serta menimbang bola di atas raket sambil berjalan sebagai aktiviti pemanasan badan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku sepanjang aktiviti tersebut.

Nicol dan Mariana sedang mengajar teknik bermain skuasy
Dalam masa yang sama, program itu juga mengadakan pertandingan bermain skuasy bersama Nicol sekali gus memberi peluang berharga kepada setiap orang untuk bermain bersama pemain hebat itu.
Mariana yang juga merupakan pemain skuasy dari Colombia tidak ketinggalan turut serta meluangkan masa beraksi bersama semua pihak yang terlibat.
Program berakhir pada 12.30 tengahari dan disediakan jamuan makan sambil beramah mesra secara dua mata bersama Nicol.

Nicol bersama peserta