SESI latihan hari pertama Harimau Malaya pada Jumaat menyaksikan tiada kelibat Kim Pan-gon bersama 23 pemain.

Bas yang membawa barisan pemain skuad kebangsaan  tiba  kira-kira jam 5.40 petang namun jurulatih berkenaan tidak kelihatan.

Ketiadaa Pan-gon bersama pasukan disebabkan jurulatih dari Korea Selatan itu terbang ke Singapura untuk menyaksikan sendiri kekuatan The Lions yang menetang Vietnam malam ini.

Hari ini merupakan sesi latihan pertama skuad kebangsaan selepas pulang dari Hanoi, 28 Disember lalu.

Menjadi rutin Pan-gon akan hadir lebih awal dari pemain melakukan senaman ringan sebelum pemain tiba.

Tugas Pan-gon dipangku oleh penolongnya, Pau Marti.

Malaysia akan turun pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala AFF Mitsubishi 2022 menentang Singapura, Selasa ini.