Foto: FB Bowling Malaysia

PASUKAN muda Bawah 21 boling negara melakar kejayaan membanggakan apabila meraih dua pingat perak dan dua gangsa pada Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun Persekutuan Boling Antarabangsa  (IBF) Helsingborg, Sweden pada Rabu.

Atlet Ahmad Azriq Izamudin meraih perak acara individu lelaki selepas mencatat keseluruhan 666 jatuhan pin setelah tewas kepada pemain tuan rumah Carl Eklund yang melakukan 730 jatuhan pin dalam aksi final.

Bagi individu wanita, Alya Addini Zulamri meraih pingat perak apabila tumpas di tangan pemain Singapura, Colleen Pee.

Pasukan Campuran meraih pingat gangsa.

Manakala gandingan Airel Suhaimi-Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin meraih pingat gangsa selepas tewas kepada gandingan tuan rumah Carl Eklund-Robib Ilhammar bagi acara beregu lelaki di peringkat separuh akhir.

Turut cemerlang pada kejohanan ini adalah dalam acara berpasukan campuran yang meraih pingat gangsa.