LEGENDA Manchester United, Paul Scholes, mengakui pernah melalui detik sukar semasa sesi latihan ketika di bawah kendalian Sir Alex Ferguson.
Memetik laporan media antarabangsa, Scholes menceritakan tentang pengalaman getirnya berhadapan dengan pemain yang menghancurkannya ketika dia baru berusia 17 tahun.
Scholes, yang dikenali sebagai salah seorang pemain terbaik dalam sejarah kelab itu, menceritakan pertemuan pertamanya dengan Andrei Kanchelskis, seorang pemain sayap lincah yang ketika itu baru menyertai United dari Shakhtar Donetsk.

Andrei Kanchelskis yang bermain untuk United antara tahun 1991 hingga 1995, turut dikenang sebagai pemain yang mencipta impak besar dalam bola sepak England dan Scotland.
“Salah satu sesi latihan pertama saya di sana, saya diminta bermain sebagai bek kiri dan ketika itu saya baru berusia 17 tahun.
“Kelab baru sahaja menandatangani Kanchelskis, pasukan utama tiada perlawanan, jadi dia datang ke latihan bersama kami.
“Saya bukan seorang bek kiri pun dan kami tidak tahu banyak tentang dia waktu itu, hanya tahu dia seorang pemain sayap yang sangat pantas.
“Dia benar-benar menghancurkan saya! Saya tidak mampu menandinginya,” kata Scholes.
Walaupun melalui pengalaman yang mencabar, Scholes tetap mencipta kerjaya gemilang bersama Manchester United.

Paul Scholes telah memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris serta pelbagai jenis trofi lain.
Scholes membuat 714 penampilan untuk kelab itu, memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris serta pelbagai trofi lain.
Namun, pertemuan awal dengan Kanchelskis itu jelas memberi kesan mendalam kepada dirinya.
Manakala, Kanchelskis yang bermain untuk United antara tahun 1991 hingga 1995, turut dikenang sebagai pemain yang mencipta impak besar dalam bola sepak England dan Scotland.
Kini, Scholes bertugas sebagai ketua bahagian perekrutan pemain di Salford City, kelab yang dimiliki oleh bekas rakan sepasukan United, Gary Neville.
Pengalaman ini membuktikan bahawa walaupun legenda seperti Scholes pernah berhadapan dengan cabaran besar di awal kerjayanya, semangat untuk terus berjuang adalah kunci kepada kejayaan seseorang