SEORANG wanita tampil dengan dakwaan mengejutkan terhadap seorang pemain bola sepak terkenal Liga Perdana Inggeris yang baru-baru ini ditahan atas tuduhan voyeurisme.
Dalam satu kenyataan The Sun, wanita tersebut mendedahkan pengalaman pahitnya dan menuduh pemain itu melayannya seperti sampah selepas mereka terlibat dalam hubungan intim.
Menurut wanita muda yang tidak mahu identitinya didedahkan, pemain antarabangsa itu mengundangnya ke rumah mewahnya selepas mereka berkenalan di media sosial.
Malah, pemain berkenaan dikatakan telah membayar tambang Uber untuk membawanya ke rumah tersebut.
“Dia tidak minum sendiri, tetapi dia terus menuangkan gelas besar vodka dan limau untuk saya, selepas beberapa ketika, dia mengajak untuk menunjukkan rumahnya kepada saya.
“Apabila kami sampai di biliknya, dia terus menanggalkan pakaian dan kami melakukan hubungan intim, tetapi dia sibuk menaip mesej di telefon bimbitnya sambil bercakap dengan seseorang di telefon itu,” jelasnya.
Wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan marah dengan sikap tidak hormat pemain tersebut kepada dirinya.
“Saya rasa dia melayan saya seperti sampah, saya rasa diri saya dihina dan direndahkan oleh tindakannya.
“Dia sepatutnya menghormati wanita dan tidak sepatutnya ada sesiapa yang diperlakukan sebegitu,” tambahnya.
Selepas kejadian tersebut, pemain itu dikatakan berhenti mengikuti akaun media sosial wanita berkenaan, menambah lagi luka di hati wanita tersebut.
Terdahulu, kecoh tentang penahanan bintang bola sepak itu ditahan di padang latihan kelabnya minggu lalu di hadapan rakan sepasukan.
Beberapa rakan sepasukan terkejut menyaksikan pemain tersebut ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat selama enam jam. Malah, ada yang menyangka ia hanyalah gurauan.
Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa dua telefon bimbit milik pemain itu telah dirampas untuk siasatan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN : Pemain EPL dicekup polis tuduhan rakam video seks tanpa izin
Bagaimanapun, selepas siasatan, pemain tersebut telah dibebaskan tanpa sebarang tindakan susulan kerana kekurangan bukti.
Insiden ini terus menjadi perbualan hangat di kalangan peminat bola sepak dan media antarabangsa, sekali gus memberi tamparan besar kepada reputasi pemain tersebut.