JUARA Terbuka Perancis, Pearly Tan dan pemain beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumasani, kini bergelar duta KT Tape.

Malah Pearly yang memenangi Terbuka Perancis bersama M.Thinaah menganggap proses pemulihan pantas kecederaan hamstringnya sejak Ogos lalu, banyak dibantu penggunaan KT Tape.

Penggunaan pita yang membantu keradangan kecederaan hamstring, sekali gus mengurangkan rasa sakit.

“Selepas ditimpa kecederaan, saya menggunakan KT Tape hampir setiap hari untuk menjalani latihan, begitu juga ketika bertanding. Ia melindungi saya daripada merasai kesakitan dan membantu pergerakan dalam gelanggang,” kata Pearly.

Katanya, setiap kali menggunakan pita KT Tape itu, dia berasa yakin ketika menjalani latihan dan juga ketika di gelanggang pertandingan.

Duta KT Tape, Pearly Tan anggap proses pemulihan hamstring dialaminya pulih dengan pantas dibantu penggunaan KT Tape

“Sepanjang tempoh menjalani proses rehabilitasi, saya sangat sedih kerana hanya mampu melihat rakan-rakan berlatih dan saya di luar gelanggang.

“Saya nekad mahu segera pulih dan KT Tape membantu mempercepat proses pemulihan sehingga saya dapat bermain baik di Terbuka Perancis,” kata Pearly yang juga duta produk KT Tape.

Selain Pearly, pemain beregu lelaki negara Nur Izzuddin juga dilantik menjadi duta produk itu sejak Ogos lalu, sekali gus kedua-dua mereka menjadi sebahagian keluarga Sunlight Sports, bersama Tan Boon Heong, Ong Yew Sin, Teo Ee Yi dan Goh Jin Wei.

Juara Terbuka Perancis, Pearly Tan (tengah) bersama Eksekutif Kanan PembangunanPerniagaan KT Tape Sean Tan (kiri) dan Pengurus Pembangunan Peruncitan Kumpulan Jenama Sunlight Sports Teah Yann Ling (kanan).

KT Tape adalah pelekat elastik sukan dan kecergasan berevolusi yang dibangunkan di Amerika Syarikat (AS), berfungsi mengurangkan risiko kecederaan sukan selain mengurangkan kesakitan, mempercepat pemulihan dan megelakkan kesakitan otot serta sendi.

Sunlight Sports dalam satu kenyataan berkata, Jawatankuasa Olimpik AS juga memilih pita pelekat itu sebagai jenama rasmi.