Select Page

“Peluang merangkul juara Piala Dunia Remaja tetap ada” – Misbun

“Peluang merangkul juara Piala Dunia Remaja tetap ada” – Misbun

PELUANG skuad muda negara merangkul kejuaraan di Piala Dunia Remaja tetap ada walaupun prestasi terakhir pemain bimbingan Misbun Sidek, pada Siri Antarabangsa Remaja Malaysia tidak memberangsangkan.

Pengarah Kejurulatihan Skuad Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek berkata, tahap pemain remaja di seluruh berada di tahap yang sama.

“Pada pertandingan peringkat umur ketika ini, tahap pemain adalah sama dan tiada mana-mana pemain mahupun mana-mana pasukan, boleh jamin mereka pasti beroleh kemenangan,” kata Misbun, ketika ditemui.

Beliau berkata, meskipun ramai pemain daripada negara seperti China, Korea, Jepun dan Indonesia tidak dapat diramal prestasi mereka, berikutan kekurangan kejohanan akibat pandemic Covid19, sebagai seorang jurulatih, beliau hanya mempersiapkan pemain.

Katanya, Siri Antarabangsa Remaja Malaysia di Putrajaya bulan lalu, bukan kayu pengukur sebenar, malah walaupun pemain negara tidak lolos ke perlawanan akhir, tahap pemain terutamanya perseorangan lelaki Justin Hoh.

“Justin baru menjengah usia 18 tahun, prestasinya tahun ini sudah menang empat gelaran, bermula dengan Kejohanan Bawah 21 tahun Kebangsaan, dua gelaran kejohanan senior Future Siri JErman dan Croatia, serta Siri Antarabangsa Remaja India.

“Meraih empat gelaran dariapda empat kejohanan berturut-turut bukan suatu yang mudah, terutamanya pemain remaja dan prestasi ditunjukkannya itu sangat konsisten.

“Berbanding separuh akhir Siri Antarabangsa Remaja Malaysia, apabila Justin tewas di separuh akhir, tahap permainan dia dengan pemain Jepun setaraf. Cuma bezanya, Justin baru kembali dari empat kejohanan berturut-turut manakala pemain Jepun itu tidak. Malah Justin terpaksa menarik diri akibat mengalami kekejangan,” kata Misbun lagi.

Beliau berkata, peluang buat pemain negara meraih gelaran di Kejohanan Remaja Dunia adalah melalui perseorangan lelaki dan beregu lelaki, namun beliau tidak menafikan terus kemampuan beregu wanita.

Mengulas mengenai peluang gelaran berpasukan di kejohanan yang akan berlangsung di Santander, Sepanyol itu nanti, beliau berkata, skuad negara perlu melepasi Indonesia dahulu di suku akhir, sbelum mencongak perjalanan lebih jauh.

Video Terkini

Loading...