PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa pembelian tiket akan kembali beroperasi seperti biasa hari ini (28 Mei)bermula pukul 2 petang.
Malah menerusi perkongsian di laman Twitter rasmi BAM, tiket-tiket yang telah dibeli secara dalam talian sebelum ini adalah sah.
Dalam satu kenyataan, My Ticket Asia dan Tiket Search Platform juga memaklumkan berikutan lambakan tiket yang dibeli secara dalam talian mengakibatkan berlaku sedikit masalah teknikal dalam pembelian yang dibuat pada 26 Mei.
UPDATE: #PMO2022 ticket sales to resume tomorrow at 2pm 🙏
RT @MyTicketAsia pic.twitter.com/I57jwmV9gI
— BAM (@BA_Malaysia) May 27, 2022
Bagaimanapun, pasukan teknikal akan berusaha keras dan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
Pihaknya juga akan cuba memulihkan perkhidmatan agar tidak menyebabkan berlaku proses jual beli yang agak lama di dalam talian serta menjamin pelanggan boleh meneruskan transaksi pembelian.
Pada Jumaat, isu teknikal ini menjadi tular ekoran kegagalan pelanggan membeli tiket secara dalam talian pada Khamis dengan proses yang tergendala dan tidak berjalan dengan lancar.
Pihak My Ticket Asia memohon maaf atas kesulitan yang menimpa pelanggan serta berterima kasih di atas kesabaran mereka yang memahami keadaan tersebut yang pertama kali berlaku dalam sejarah transaksi pembelian My Ticket Asia.