PENANG FC mengesahkan khidmat Ketua Jurulatih, Tomas Trucha telah ditamatkan serta merta dan pihak kelab mengucapkan terima kasih kepadanya menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman sosial rasmi kelab

“Kelab mengucapkan terima kasih kepada jurulatih Tomas Trucha untuk khidmat yang telah beliau berikan kepada kelab terutamanya dalam mendapat tempat ketiga dalam Liga Super Malaysia 2021. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam kerjaya akan datang”.

Sebelum ini, pengurusan Penang FC telah merehatkan jurulatih kelahiran Republik Czech itu daripada tugas Ketua Jurulatih atas nasihat keselamatan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) selepas Penang FC gagal mencatatkan sebarang kemenangan musim ini.

Kini tugas sebagai jurulatih disandang Manzoor Azwira Abdul Wahid yang akan memulakan tugas rasmi ketika skuad Harimau Kumbang berhadapan Kuala Lumpur City FC di Cheras malam ini.