KEJADIAN  memalukan berlaku selepas tamat perlawanan Liga 9 Sebelah apabila seorang pengadil dilaporkan dipukul oleh pemain.

Insiden ini mengejutkan ramai pihak, mencerminkan hilangnya rasa hormat generasi muda terhadap orang tua.

Begitupun, maklumat terperinci mengenai lokasi dan tarikh kejadian tersebut tidak dinyatakan.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut tidak memuaskan hati salah seorang pemain.

Selepas perlawanan tamat, pemain tersebut bersama beberapa individu lain mendekati pengadil dan berlaku perselisihan yang akhirnya berakhir dengan kekerasan fizikal.

“Cuba bayangkan kalau pengadil itu ayah kita. Sedih tengok anak muda sekarang yang hilang rasa hormat kepada orang tua,” tulis seorang pengguna Facebook.

Kejadian ini disifatkan amat mengecewakan dan menunjukkan kemerosotan nilai murni dalam kalangan masyarakat, terutama generasi muda yang sepatutnya menjunjung sikap hormat-menghormati.