PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio menjelaskan kekalahan di tangan Urawa Red Diamonds di Liga Juara-Juara AFC banyak memberi pengalaman kepada pasukannya untuk mencapai kemenangan.
Dia juga nyata gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan pemain muda, Danial Amier Norhisham ketika membenam Melaka United 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin.
Hector juga menjelaskan Farizal Marlias tidak diturunkan dalam perlawanan itu bukanlah disebabkan persembahannya di Liga Juara-Juara AFC tetapi lebih kepada penggiliran pemain.
The Tigers are back!
Full Time
JDT [4-0] MELAKA UNITED
(Fernando Forestieri 13' / Bergson da Silva 32', 42', 85')More photos at https://t.co/AstYSasZRw#JDTvMLU#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/GYK90TWUYB
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 29, 2022
“Sudah tentu kekalahan di Jepun sangat memeritkan bagi semua. Situasi ini akan menjadikan kami lebih berkembang dan lebih menjadi pasukan yang lebih baik.
“Hari ini adalah satu kemenangan yang baik dalam liga dan kami mengambil apa yang terjadi di Jepun sebagai penambahbaikan dan juga pengalaman buat kami sebagai sebuah kelab.
“Kami gembira dengan kemenangan ini. Kami gagal bermain seperti yang kami mahukan pada peringkat awal tetapi selepas gol pertama ianya berubah. Kami melakukan beberapa pertukaran kerana faktor kad kuning dan kecergasan.

Danial Amier
“Aksi Danial Amier sangat menggembirakan kami hari ini. Dia dilihat selesa dengan bola dan banyak membantu rakan sepasukan untuk menghasilkan serangan.
“Farizal tidak diturunkan tiada kena mengena dengan aksinya di Liga Juara-Juara AFC. Dia sangat penting buat kami. Kami perlukan penjaga gol muda kami untuk mendapat minit permainan dan ini adalah peluang terbaik untuk memberikan Haziq peluang bermain,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Ditanya adakah dia akan menggilirkan pemain ketika berhadapan Selangor sebagai persediaan pasukan sebelum perlawanan akhir Piala FA, Hector menegaskan bahawa ini adalah JDT dan JDT sentiasa akan meletakkan pemain terbaik untuk setiap perlawanan tanpa mengira lawan dan venue.
Kemenangan selesa 4-0 itu adalah kemenangan ketiga Hector Bidoglio dalam Liga Super sejak memegang jawatan ketua jurulatih JDT dan berjaya menjaringkan 11 gol dengan hanya bolos sekali sekaligus mengukuhkan kedudukan di takhta liga.