FOTO : PERAK FC

PERAK FC mengumumkan mereka telah menerima jemputan daripada kelab Indonesia, Serpong City FC dan Borneo FC untuk mengadakan aksi persahabatan antarabangsa.

Menurut kenyataan rasmi, perlawanan itu akan berlangsung pada 16 dan 18 November ini di Stadium Segiri, Samarinda.

Difahamkan tujuan aksi persahabatan ini diaturkan selepas Perak dan Borneo FC Samarinda memeterai hubungan yang menjanjikan perubahan dalam landskap bola sepak Asia Tenggara.

Melalui persefahaman itu, kedua-dua kelab bersetuju dengan beberapa syarat bertujuan meningkatkan kerjasama dalam bola sepak.

Antara syarat ini ialah penganjuran perlawanan persahabatan timbal balik antara kedua-dua pasukan, perkongsian dagangan, tajaan, kempen pemasaran dan jualan barangan untuk memaksima pendapatan.

Dalam pada itu, skuad kendalian Yusri Che Lah dapat menggunakan perlawanan ini bagi mengekalkan tahap kecergasan pemain memandangkan saingan Liga Malaysia berehat hampir dua minggu bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Malaya.

May be an image of 3 people, people playing American football, people playing football and text

Kali terakhir Perak bermain perlawanan kompetitif ketika ‘digegar’ Johor Darul Ta’zim, 8-1 pada peringat separuh akhir Piala Malaysia, 2 November 2023.

Kedudukan Liga Super menyaksikan Perak menghuni kedudukan kesembilan, mengutip 22 mata hasil enam menang dan empat seri.