SKUAD kebangsaan Tajikistan berkumpul sepenuhnya di Kuala Lumpur dan meneruskan persiapan menjelang perlawanan akhir edisi ke-42 kejohanan antarabangsa Pestabola Merdeka.
Ketua jurulatihnya, Petr Segert memanggil kesemua 23 pemain untuk menyertai pasukan kebangsaan semasa Hari Perlawanan FIFA bulan Oktober ini.
Pasukan itu juga disertai lima pemain yang mewakili kelab ternama Eropah.
Mereka adalah tonggak pertahanan Manuchehr Safarov (Lokomotiv, Uzbekistan), pemain tengah Parvizjon Umarboyev (CSKA-1948, Bulgaria), Muhammadjon Rahimov (Bukhoro, Uzbekistan), Ruslan Khailoev (Tyumen, Rusia) dan penyerang Rustam Soirov (Lokomotif, Uzbekistan).

“Lawan pasukan kami akan ditentukan pada hari Jumaat, 13 Oktober, ketika perlawanan separuh akhir Malaysia dan India,” menurut hantaran itu di Instagram.
The Crowns yang berada di ranking 110 dunia mendapat bye selepas Palestin menarik diri gara-gara konflik perang yang sedang berlaku antara Hamas dan pihak Israel.