PENYOKONG Bali United diseru untuk kembali memenuhi Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar, Bali untuk aksi kedua Kumpulan G Piala AFC 2022 hari ini.
Kelab jolokan Serdadu Tridatu itu akan bertemu wakil Kemboja, Visakha FC yang kini sama-sama mengutip tiga mata.
“Esok (Isnin) pertandingan yang penting buat kami. Ia juga masih sama, kami harap penyokong dapat memenuhi stadium dan memberi dukungan kepada pasukan untuk bermain dengan baik dan memberikan tekanan kepada pemain Visakha,” kata jurulatih Bali United, Stefano Cugurra yang akrab disapa Teco, semasa sidang media di Badung, Bali.
Teco berharap pasukannya boleh memenangi aksi kedua ini supaya dapat mengukuhkan posisi mereka sebagai pendahulu kumpulan.
“Saya percayakan diri sendiri dalam pertandingan ini, tetapi saya bukan seorang yang banyak bercakap sebelum perlawanan,” ujarnya pernah membimbing Kuala Muda Naza.