PERLAWANAN separuh akhir Piala AFF 2022 bakal memasuki pusingan kedua malam esok. Pasukan negara berpeluang layak ke final dengan hanya perlu mempertahankan kelebihan bekalan satu gol menjelang pertemuan berdepan Thailand.
Harimau Malaya akan mengunjungi ibu negara Thailand di Stadium Thammasat, Bangkok. Kedua-dua pasukan masing-masing memburu impian untuk mara ke final.
Sebenarnya, kedua-dua pasukan berpeluang layak ke pusingan akhir. Bagaimanapun, skuad negara lebih berpeluang mengulangi kisah ke final pada 2018 (muncul naib juara) tetapi sedar ancaman Gajah Perang yang kali ini mendapat suntikan semangat luar biasa apabila akan beraksi di hadapan kira-kira 25,000 penyokongnya.
Pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, negara menang tipis 1-0 ke atas skuad Thailand. Pun begitu, pasukan Changsuek masih mempunyai peluang minimum untuk dapat mengimbangi semula Malaysia jika berjaya menyamakan agregat 1-1 atau lebih.
Keputusan ini akan menjadikan Thailand unggul dan layak ke pentas akhir. Walau bagaimanapun, jika kedudukan terkini menjadi 1-1 ia akan diteruskan ke pusingan tambahan masa 30 minit dan pemenang ditentukan sehingga sepakan penalti. Ia susulan peraturan gol tempat lawan digunapakai bagi kejohanan Piala AFF 2022.
Menjelang perlawanan, jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon kelihatan waspada berdepan lawan yang mungkin terluka gara-gara mengalami kekalahan sulung kejohanan kali ini. Tidak dapat dipastikan adakah corak permainan yang bakal dipamerkan skuad negara nanti. Sama ada bermain gaya menyerang atau kekal bertahan dan sesekali melancarkan serangan balas kilat ke gawang lawan.
Manakala, Mano Polking pula seakan geram kekalahan dialami anak buahnya kerana selama 90 minit pertama di Bukit Jalil mereka menguasai permainan dan miliki deretan peluang jaringan.
FLASH SUKAN meramalkan pertarungan akan berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan akan memburu kemenangan mutlak selama 90 minit.
🏟️ 𝗦𝗘𝗠𝗜-𝗙𝗜𝗡𝗔𝗟 𝟮𝗡𝗗 𝗟𝗘𝗚 🏟️
🤩 The Semi-Final return legs are just around the corner!
🎟️ Which teams will punch their ticket to the Final?#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/D4tO3YJc2j
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 8, 2023
Pemenang akan bertemu juara dua kali, Vietnam atau Indonesia yang turut berebut slot ke final yang dijadualkan berlangsung pada 13 dan 16 Januari 2022.
Senario untuk Malaysia layak ke Final Piala AFF 2022:
– Jika kekal kedudukan 1-0 semasa separuh akhir pertama
– Jika agregat seri 1-1 maka tambahan masa akan diteruskan. Dan jika masih kekal, ia akan ke penalti.
– Tetapi jika kalah lebih jaringan, contoh agregat 2-1, Malaysia akan tersingkir.