MANCHESTER United berjaya meraih kemenangan ke atas Crystal Palace pada pusingan ketiga Piala Liga Inggeris. Juara bertahan Piala Carabao itu menang 3-0 di Old Trafford, awal pagi Rabu.
United membuka jaringan pada minit ke-21 menerusi Alejandro Garnacho selepas menerima hantaran lintang daripada Diogo Dalot.
Casemiro menggandakan kelebihan pada minit ke-29 dengan tandukan menewaskan penjaga gawang, Sam Johnstone. Tuan rumah memperlahankan tempo permainan bagi mengekalkan pendahuluan sehingga separuh masa.
Kedudukan 2-0 untuk Red Devils tidak berubah di separuh masa pertama. Sejurus 10 minit bersambung, mereka terus mencetak gol ketiga, kali ini giliran Anthony Martial yang menyenaraikan namanya di papan jaringan.
Martial menerkam hantaran lintang Casemiro ke arah gol. Crystal Palace mencipta peluang keemasan pada minit ke-68. Rembatan Eze ke arah sudut bawah gawang United berjaya dihalang Andre Onana dengan kaki kirinya.
Kedudukan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. Manchester Red mara ke pusingan seterusnya dalam Piala Liga Inggeris.
Senarai pemain:
Manchester United: Andre Onana; Diogo Dalot, Harry Maguire, Raphael Varane (Jonny Evans 61′); Facundo Pellistri, Sofyan Amrabat (Daniel Gore 61′), Casemiro, Alejandro Garnachp; Hannibal Mejbri (Donny van de Beek 71′), Mason Mount (Victor Lindelof 46′); Anthony Martial (Rasmus Hojlund 75′).
Crystal Palace: Dean Henderson (Sam Johnstone 19′); Tyrick Mitchell, Chris Richards, Rob Holding, Nathaniel Clyne; Jairo Riedewald (David Ozoh 80′), Cheick Doucoure (Will Hughes 60′); Jordan Ayew, Jeffrey Schlupp (Eberechi Eze 60′), Rak-Sakyi (Marc Guehi 46′); Jean-Phillippe Mateta.