NEWCASTLE United semakin hampir menamatkan kemarau trofi 54 tahun Piala Carabao apabila mara ke peringkat  separuh akhir setelah menewaskan Leicester City , 2-0 awal pagi tadi.

The Magpies membuka jaringan menerusi Dan Burn minit ke- 60 dalam aksi di St. James Park sebelum Joelinton menggandakan jaringan hasil hantaran Miguel Almiron pada minit ke-72.

“Ia amat bermakna untuk memenangi trofi tetapi kami perlu fokus kepada perlawanan seterusnya.

“Penyokong cukup hebat. Mereka mengikut kami dalam jumlah yang besar dan suasana yang hebat di laman sendiri.

“Kami mahu membuatkan mereka bangga dengan memberikan segalanya di atas padang,” kata bek kanan, Kieran Trippier.

Sementara itu, Manchester United meneruskan rentak kemenangan apabila mudahg menewaskan Charlton 3-0 untuk sama-sama mengiringi Newcastle United ke pentas separuh akhir.

Gol Man United dijaringkan Antony (m-21) dan dua gol ledarna Marcos Rashford (m-90,m-94) untuk memastikan kemenangan mutlak buat skuad bimbingan Erik tan Hag