FOTO KREDIT : AP
SKUAD Piala Dunia Amerika Syarikat (AS) mungkin berada di tahap kebimbangan maksima, apabila barisan pemain mereka dibelenggu masalah kecederaan.
AS terikat 0-0 ketika menentang Arab Saudi di Murcia, Sepanyol, Selasa lalu, mempamerkan aksi tidak mengagumkan.
Pasukan yang berada di ranking ke-15 dunia itu, gagal menjaringkan gol ketika tewas kepada ranking ke-24, Jepun 0-2 Jumaat lalu, hanya melakukan dua percubaan ke arah gawang pasukan di ranking ke-53 dunia, Arab Saudi pada perlawanan persahabatan terakhir persiapan ke Piala Dunia, yang akan berlangsung di Qatar, November depan.
Daripada tujuh perlawanan persahabatan membabitkan negara yang layak ke Piala Dunia, The Yanks hanya memenangi satu perlawanan, tewas tiga kali dan tiga seri.
Selepas tiada tembakan ke arah gol ketika tewas 2-0 kepada Jepun 2-0 pada hari Jumaat, AS hanya mendapat dua peluang terbaik menentang Saudi dalam perlawanan terakhir Amerika. Dalam tujuh perlawanan terakhirnya menentang negara-negara Piala Dunia, AS mencatat satu kemenangan, tiga kekalahan dan tiga seri.
“Kami menurunkan pemain yang belum disahkan ke Piala Dunia. Ini adalah detik mendebarkan. Pemain bimbang sama ada akan terpilih atau tidak kerana detik inilah yang paling sukar,” kata jurulatih AS, Gregg Berhalter, yang dijangka mengumumkan senarai 26 pemain ke Piala Dunia pada 9 November depan.
— Sergiño Dest (@sergino_dest) September 28, 2022
Keputusan perlawanan menentang Jepun dan Arab Saudi itu meningkatkan lagi kritikan terhadap Berhalter yang tidak menyenaraikan penyerang Jordan Pefok, pertahanan John Brooks dan bek tengah, Tim Ream ke dalam skuad.
Pada perlawanan menentang Arab Saudi, penyerang Ricardo Pepi, Jesus Ferreira dan Josh Sargent bergandingan baik dalam kawasan penalti lawan.
Manakala Gio Reyna yang sering diulit kecederaan, terpaksa dikeluarkan pada minit ke-30 akibat kekejangan otot.
Selain itu, Christian Pulisic, pemain yang dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan AS, menjadi antara pemain yang dikeluarkan pada perlawanan itu berikutan mengalami kecederaan yang tidak dinyatakan.