ARGENTINA meneruskan sensasi dalam Piala Dunia Qatar 2022 apabila menyingkirkan Belanda menerusi kemenangan 4-3 dalam penentuan sepakan penalti aksi suku akhir di Stadium Lusail, awal pagi Sabtu sebentar tadi.
Lionel Messi mencipta satu assist serta menjaringkan gol untuk Argentina sekaligus menyamai rekod gol ke-10 Gabriel Batistuta kejohanan ini dan mengatur pertembungan separuh akhir berdepan Croatia.
Memburu Piala Dunia pertama pada percubaan kali kelima, Messi menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Andries Noppert pada babak kedua menggembirakan penyokong Argentina di Stadium Lusail, awal pagi Sabtu sebentar tadi.
Argentina mengamalkan corak menyerang berpandukan formasi 3-5-2 sejak awal permainan. Bagaimanapun, pertahanan Belanda masih sukar ditembusi pasukan Tango sehingga setengah jam perlawanan.
Lionel Messi melepaskan rembatan dari luar kotak penalti Belanda pada minit ke-22. Namun, arah bola dari kaki kiri La Pulga masih jauh dari sasaran.
Belanda melakukan strategi menerusi gerak kerja Steven Bergwijn dengan Memphis Depay pada minit ke-24. Bergwijn kemudian cuba menyudahkan dengan rembatan, tetapi bola tersasar dari gawang Argentina.
Juara dunia dua kali itu akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-36. Nahuel Molina memahat namanya di papan jaringan.
🇦🇷 M O L I N A 🇦🇷#FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/KllEnToxid
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 9, 2022
Lionel Messi menjadi pencetus di sebalik gol Argentina. La Pulga menghantar bola kepada Molina yang disudahkan menjadi gol.
Kesukaran menembusi pertahanan Argentina melalui permainan terbuka, Belanda cuba memaksimumkan set piece. Disiplin tinggi pemain Argentina dan Emiliano Martinez yang cemerlang menggagalkan cita-cita Belanda. Albiceleste mendahului 1-0 pada babak pertama.
Argentina dihadiahkan penalti pada minit ke-74. Marcos Acuna telah dijatuhkan oleh Denzel Dumfries dalam kotak penalti.
Lionel Messi yang mara sebagai penendang Argentina berjaya menjalankan tugasnya dengan sempurna.
Belanda tidak putus asa dan menghidupkan semula permainan apabila Wout Weghorst menanduk umpanan Steven Berghuis untuk gol pertama m-83′.
Tekanan Belanda berterusan, Weghorst kembali menjaringkan gol penyamaan di penghujung perlawanan selepas menyambut sepakan percuma Teun Koopmeiners.
Deretan peluang dipersia-siakan kedua-dua pasukan sepanjang tambahan masa 30 minit sebelum penentuan pemenang ke separuh akhir itu ditentukan menerusi sepakan penalti.
Argentina menang 4-3 dalam penentuan sepakan penalti dan mengesahkan langkah ke separuh akhir menentang Croatia.
We've got penalties! 🍿#FIFAWorldCup | #NED #ARG
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 9, 2022
Belanda: Noppert; Dumfries, Timber, Van Dijk, Ake, Blind (L. De Jong 65′); De Roon (Koopmeiners 46′), De Jong; Gakpo, Bergwijn (Berghuis 46′), Memphis Depay (Weghorst 78′).
Argentina: Emiliano Martinez; Molina, Romero (Pezzella 78′), Otamendi, Lisandro Martínez, Acuna (Tagliafico 78′); De Paul (Paredes 67′), Enzo, Mac Allister; Messi, Alvarez (Lautaro 82′).