MANCHESTER United berjaya melangkah ke pusingan keempat Piala FA 2024/2025 selepas kemenangan dramatik melalui penentuan sepakan penalti 5-3 (1-1) ke atas Arsenal dalam perlawanan pusingan ketiga di Stadium Emirates, awal pagi Isnin.
Dalam perlawanan sengit tersebut, United beraksi dengan 10 pemain tetapi berjaya menahan asakan bertali arus daripada Arsenal sehingga perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Penentuan sepakan penalti menjadi titik penentu, dengan Manchester United mempamerkan ketenangan untuk memastikan kemenangan.