SKUAD Piala Sudirman negara memulakan kempen dengan cemerlang apabila menang 5-0 ke atas Perancis, dalam aksi kumpulan C.
Situasi berbeza di gelanggang pada hari pertandingan menyaksikan ada pemain negara yang mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri di Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China.
Menurunkan pemain terbaik mengikut ranking dunia, skuad negara beroleh kemenangan pertama menerusi beregu lelaki nombor 2 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang tiada masalah menewaskan Mael Cattoen-Lucas Renoir dalam tempoh 29 mint, 21-9, 21-11.
“Berbeza, waktu menguji gelanggang, pergerakan bulu tangkis perlahan tetapi hari ini pantas, jadi kamu menyukainya dan mengambil peluang untuk hadiahkan mata pertama buat skuad negara,” kata Sze Fei, kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), selepas tamat perlawanan.
Selepas itu, Goh Jin Wei menghadiahkan mata kedua menerusi kemenangan 21-10, 21-19 ke atas Leonice Huet, sebelum Leong Jun Hao diberi tentangan sengit oleh Arnaud Merkle.
Biarpun diberi cabaran getir, Jun Hao yang juga kapten berjaya memastikan mata ketiga negara menerusi kemenangan 22-20, 21-19. Mendahului 3-0, dua lagi beregu, iaitu Pearly Tan-M Thinaah dan Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Pearly-Thinaah mengatasi Margot Lambert-Camille Pognante 21-13, 21-10 (32 minit) sementara Soon Huat-Shevon menang ke atas Gregoire Deschamp-Elsa Jacob 21-7, 21-19 (29 minit), bagi melengkapkan kemenangan 5-0.
Esok skuad negara akan menghadapi perlawanan kedua menentang Australia, yang tewas kepada Jepun 0-5.
TAMAT