Skuad badminton wanita negara membuka kempen Piala Uber 2026 dengan kemenangan 3-2 ke atas Turkiye dalam aksi Kumpulan B di Forum Horsens.

Malaysia meraih mata pertama menerusi K. Letshanaa yang menewaskan Neslihan Arin 21-16, 13-21, 21-13.

Turkiye kemudian mengikat kedudukan 1-1 selepas Ozge Bayrak mengejutkan Wong Ling Ching 17-21, 21-15, 18-21.

Malaysia kembali di hadapan apabila Goh Jin Wei menundukkan Zehra Erdem 21-14, 21-13 untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Namun, pasangan Ong Xin Yee-M. Thinaah gagal menamatkan perlawanan lebih awal apabila tewas kepada Bengisu Ercetin-Nazlican Inci 22-20, 19-21, 19-21.

Keputusan itu memaksa perlawanan ditentukan dalam aksi terakhir, sebelum gandingan muda Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan muncul wira dengan kemenangan 21-18, 21-19 ke atas Yasemen Bektas-Zehra Erdem.

Kemenangan tersebut memastikan Malaysia mengutip dua mata penting dalam usaha memburu slot ke peringkat kalah mati.

Malaysia akan meneruskan saingan menentang Afrika Selatan dalam perlawanan seterusnya.

Sumber Gambar: FB BAM