PASUKAN Selangor FC secara rasmi memperkenalkan pemain import baharu, Picha Autra bagi musim2025/26 dan pemain tengah Thailand akan menguatkan barisan Merah kuning dalam sainganLiga Malaysia, ACL II dan Kejuaraan Kelab ASEAN.
Karier profesional Picha bermula pada usia 18 tahun bersama Nakhon Nayok di Liga Thailand, sebelum mula mencuri tumpuan bersama Samut Prakan City FC (2015-2020) yang menyaksikannya melakukan 114 penampilan,19 gol dan 13 assist sehingga diserap ke skuad senior Thailand pada 2019.
Beliau kemudian kembali ke kelab asalnya Ketika remaja, Muangthong United dan bermain selama empat musim. Di sana, Picha menjadi tonggak utama dan kapten yang dihormati dengan 159 penampilan termasuk dua aksi ACL 2 berdepan Selangor.
Picha turut memiliki pengalaman antarabangsa yang luas Bersama skuad Thailand dengan meraih kejuaraan AFF 2020 selain meraih emas Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur bersama barisan Bawah 23 Tahun negaranya yang membuktikan tahap kompetitif yang tinggi dimiliki pemain ini.
Picha menyifatkan pemilihannya ke Selangor FC sebagai satu cabaran besar dalam kariernya. “Ini peluang keluar dari zon selesa dan dapat pengalaman antarabangsa,” katanya yang bakal beraksi pertama kali di luar Thailand dan tekad untuk segera menyesuaikan diri.
“Saya mahu bina hubungan baik dengan jurulatih dan rakan sepasukan serta berharap kehadiran saya juga mampu memberi contoh baik buat pemain muda dalam pasukan,,” tambah Picha yang percaya pengalaman lalu akan membantunya berdepan tekanan dan cabafran.
Picha juga menitipkan pesanan buat penyokong Selangor FC. “Saya harap penyokong beri sokongan penuh dalam perjalanan baharu saya dan saya akan beri segalanya buat kelab ini,” katanya lagi yang percaya pengalaman di sini akan membuka lebih banyak peluang buatnya.
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi menyambut baik kehadiran Picha. “Beliau ada semangat juang tinggi dan sikap profesional yang sentiasa ditekankan Selangor FC,” kata Kinoshi yang juga berharap kehadiran Picha bakal menambah keampuhan pasukan dalam usaha mereka mencapai sasaran musim ini.