PENGENDALI Chelsea FC, Graham Potter memuji ketabahan penyerang, Pierre-Emerick Aubameyang ekoran insiden rompakan di rumahnya baru-baru ini.
Penyerang kelahiran Gabon itu telah mengalami keadaan rahang yang patah semasa insiden di kediamannya di Barcelona sebelum menyertai Chelsea.
Sejak mengambil alih tugas pengurus The Blues dari Thomas Tuchel bulan lalu, dia mula meminati keperibadian dan karakter yang dimiliki Aubameyang.
“Dia tidak akan menjadi manusia jika perkara ini tidak menimpanya. Kami di sini sudah pasti akan terus menyokongnya.
“Saya rasakan langkah terbaik baginya adalah untuk terus bermain bola sepak serta melupakan insiden yang terjadi kepadanya dengan segera.
“Yang penting adalah untuk dia terus selesa dan gembira. Saya yakin dia nikmatinya bersama Chelsea FC.
“Dia telah bertindak sangat profesional meskipun mengalami situasi sebegini yang boleh menjejaskan fokusnya. Saya sangat kagum dengan sikapnya.
“Sudah tentu sangat sukar apabila tragedi tersebut merupakan sesuatu yang buruk lebih-lebih lagi melibatkan keluarga.
“Tetapi dengan kelakuan dan karakteristik dimiliki, bagi saya dia adalah seorang pemain yang sempurna.
Sementara itu, Aubameyang merasakan rumah bukan lagi tempat yang selamat buat dirinya dan keluarga.
Menurutnya, dia serta keluarganya akan menjadi lebih kuat dan mempertahankan diri sekiranya insiden tidak diingini berlaku pada masa akan datang.
“Perasaan tidak selamat di rumah sendiri sememangnya sukar difahami. Namun, saya serta keluarga akan tetap berusaha sedaya-upaya melindungi dari tragedi tersebut berulang,” ujarnya.
The Blues mengimpikan kemenangan pertama saingan Liga Juara-Juara (UCL) bertemu AC Milan di Stamford Bridge, setelah terikat 1-1 dalam aksi sulung menentang Red Bull Salzburg.