MALAYSIA berdepan risiko kehilangan slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) Elite untuk musim 2026/27 selepas kedudukan negara di carta Member Association (MA) Ranking AFC (Asia Timur )merosot ke tangga ke-7.

Situasi ini berlaku susulan aksi tewas wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC, dalam saingan ACL Elite dan ACL 2.

Berdasarkan kemas kini terkini di laman Footy Rankings, Malaysia dipintas oleh Australia dan Vietnam yang masing-masing melonjak ke tangga ke-5 dan ke-6 Asia Timur. Kedua-dua negara memperoleh lonjakan mata signifikan melalui kemenangan kelab-kelab mereka di pentas Asia.

kemas kini terkini kedudukan Malaysia di laman Footy Rankings selepas perlawanan JDT dan Selangor di kejohanan Asia.

Sydney FC dari Australia mencatat kemenangan 3-0 ke atas Eastern, manakala Central Coast Mariners turut menyumbang mata melalui perlawanan sebelum ini, menghasilkan tambahan keseluruhan enam mata untuk Australia. Vietnam pula meraih 9.333 mata selepas kemenangan Nam Dinh ke atas Lee Man dengan skor sama.

Setakat ini, Australia mengumpul 33.624 mata di kedudukan ke-5, diikuti Vietnam dengan 33.038 mata. Malaysia yang mengumpul 32.861 mata kini di tangga ke-7. Kedudukan ini memberi impak besar kerana hanya lima negara teratas Asia Timur layak menerima slot automatik ke ACL Elite. Dengan prestasi semasa, Malaysia hanya dijangka menerima satu slot automatik ke ACL2 untuk musim 2026/27.

Selangor FC akan menghadapi wakil Filipina, DH Cebu, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan ACL2.

Bagaimanapun, peluang Malaysia masih belum tertutup sepenuhnya. JDT mempunyai baki beberapa perlawanan di ACL Elite, manakala Selangor FC akan menghadapi wakil Filipina, DH Cebu, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan ACL2.

Kemenangan dalam baki beberapa perlawanan nanti akan menjadi kunci penting untuk Malaysia memperbaiki kedudukan ranking AFC.

Peluang Malaysia masih belum tertutup sepenuhnya. JDT mempunyai baki beberapa perlawanan di ACL Elite, Kemenangan dalam perlawanan-perlawanan ini akan menjadi kunci penting untuk Malaysia memperbaiki kedudukan ranking AFC.

Tekanan kini tertumpu kepada wakil negara untuk memastikan Malaysia kekal kompetitif di pentas bola sepak Asia.

Prestasi kelab-kelab ini bukan sahaja mencerminkan kekuatan bola sepak tempatan tetapi juga penentu masa depan negara dalam struktur kelayakan Liga Juara-Juara Asia.