REAL Madrid memberi lampu hijau kepada Karim Benzema menyertai Perancis untuk bermain di final Piala Dunia 2022.

Lapor AS, Benzema pada asalnya dimasukkan dalam skuad pasukan kebangsaan Perancis untuk Piala Dunia 2022. Malangnya, ketika menyertai latihan pada 18 November menjelang saingan Piala Dunia 2022, Benzema mengalami kecederaan.

Benzema mengalami kecederaan paha sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Perancis membenarkan dia pulang dan Benzema memilih untuk dirawat oleh pasukan perubatan Real Madrid.

Kecederaan paha menyebabkan Benzema tidak dapat beraksi selama sekurang-kurangnya tiga minggu.

Sementara itu, pasukan Les Bleus mara ke final Piala Dunia 2022 dan akan mencabar Argentina pada Ahad malam ini.

Berita terkini itu pastinya menyeronokkan kem Perancis, malahan Los Blancos sendiri mengalu-alukannya!

Bagaimanapun, tiada laporan lanjut sama ada Benzema sudah pulih sepenuhnya atau masih memerlukan masa untuk bersedia sepenuhnya untuk bermain.

Yang pasti, Perancis mempunyai mesin gol lain bernama Kylian Mbappe (lima gol) dan Olivier Giroud (empat gol) pada Piala Dunia 2022.