Foto: Selangor FC
“SEBAGAI jurulatih saya tak salahkan Sharul Nazeem kerana dia masih dan banyak kena belajar situasi tersebut,” jelas Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe.
Menurut pengendali berusia 54 tahun itu, Sharul Nazeem tidak sengaja menggunakan tangannya untuk menghentikan pihak lawan menjaringkan gol sekaligus pemain itu dilayangkan kad merah.
Susu/lan daripada itu, Selangor FC terpaksa bermain 10 orang di Stadium Bandaraya menentang Penang FC yang menyaksikan keputusan terikat seri 1-1.
“Kad merah tersebut menjejaskan persiapan kita. Dengan keadaan padang (hujan lebat) juga menyukarkan kita mengharungi permainan 90 minit.
“Tetapi saya nampak positif di situ kerana pemain-pemain tidak berhenti dan meneruskan corak permainan berjuang antara satu sama lain.

“Inilah yang saya harapkan kepada pemain-pemain muda dan pemain lain yang diturunkan telah menunjukkan corak permainan tinggi serta impak terbaik kepada pasukan,” jelasnya selepas perlawanan pada Sabtu malam.
Dalam pada itu, Cheng Hoe yang baharu mengambil alih Selangor FC berjaya menamatkan rekod cemerlang pasukan tanpa kalah dalam empat perlawanan (tiga menang, satu seri).
“Setelah empat perlawanan, sedikit sebanyak saya boleh menilai setiap pemain dan mereka dapat ‘adapt’ corak permainan saya.
“Pemain-pemain juga kekal dengan semangat yang tinggi, ‘ball position’ yang baik dan banyak mencipta peluang gol.
Gergasi Merah mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam semalam sekaligus menamatkan saingan Liga Super 2022 di tangga ke-5.
Tonton video sorotan penuh menerusi pautan yang disediakan ini: https://t.co/8SCDBbvXdn#MKLK pic.twitter.com/75TnqCo2jF
— Selangor FC (@selangorfc) October 16, 2022
“Saya harap kempen Piala Malaysia nanti dapat pergi jauh berbanding sebelum ini. Pemain-pemain perlu tunjukkan permainan yang cukup konsisten nanti,” tambahnya.
Selangor FC bakal membuka tirai perlawanan Piala Malaysia bertemu Kelantan United hujung bulan ini.
“Memang sasaan utama adalah fokus setiap perlawanan dalam kempen Piala Malaysia. Kalau lihat peringkat kalah mati ini sesiapa sahaja boleh menang. Yang penting pemain fokus untuk perlawanan bertemu Kelantan United nanti.”