PAUL Revington sekali lagi meninggalkan kancah hoki Malaysia selepas dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan lelaki England dan Great Britain.
Jawatan terakhir semasa Revington adalah Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
Paul berkata: “Saya berasa bertuah kerana diberi peluang untuk memimpin pasukan lelaki Great Britain dan England.
“Saya memulakan penglibatan hoki ketika England dan Great Britain memenangi pingat Piala Dunia dan Olimpik pada 1986 dan 1988. Kemudian saya dapat menyaksikan sendiri kebangkitan pasukan lelaki dari 2006, dan saya menikmati latihan tiga tahun yang indah dalam program wanita di Bisham Abbey.
“Saya menikmati masa bekerja dengan KHM dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang di atas kerja keras dan sokongan,” kata Revington dipetik portal greatbritainhockey pada Rabu.
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Maninderjit Singh dalam ciapan Twitternya memaklumkan pengunduran Revington dalam MHC.
“Paul Revington sekali lagi meninggalkan Hoki Malaysia… Dua kali bersama MHC. Sukacita mengesahkan pelantikan Paul Revington sebagai Ketua Jurulatih Lelaki Great Britain dan England.
“Blow for Malaysian hockey,” tulisnya.