Select Page

Rexy rombak semua beregu campuran kebangsaan

Rexy rombak semua beregu campuran kebangsaan

SEMUA pemain beregu campuran kebangsaan mendapat gandingan baru, dalam usaha meningkatkan kemampuan di pentas antarabangsa.

Perkara itu disahkan Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky, yang menyenaraikan semua lima gandingan baru itu ke kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia, Disember ini.

“Ya kita sudah tetapkan pasangan untuk beregu campuran, lima pasangan semuanya,” kata Rexy.

Paling menarik, Rexy merombak gandingan yang ketika ini berada di ranking ke-30 dunia Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei.

Kini Pang Ron digandingkan bersama Teoh Mei Xing manakala Ee Wei kini bersama Chen Tang Jie.

Tiga lagi gandingan baru, Choong Hon Jian-Yap Ling, Loo Bing Kun-Yap Cheng Wen dan Roy Kin Yap-Valeree Siow.

Menurut Rexy, kini saingan lebih terbuka buat kelima-lima gandingan itu untuk menunjukkan prestasi terbaik di pentas antarabangsa.

“Mereka akan mula diuji pada Cabaran Antarabangsa Malaysia dan kita harap ada keputusan positif ditunjukkan,” katanya.

Sementara itu, Tang Jie yang kira-kira dua bulan lalu digandingkan bersama Yap Ling berkata, mereka sudah mencuba gandingan baru selama kira-kira dua minggu.

Chen Tang Jie mahu memberi yang terbaik dalam usaha mealyakkan diri ke Olimpik Paris 2024.

Dia yang tidak sempat menyertai sebarang kejohanan bersama Yap Ling mengakui, ada keserasian dengan Ee Wei.

“Sebenarnya, saya dan Ee Wei pernah bersama di Kejohanan Remaja Dunia dulu, jadi saya tahu corak permainan Ee Wei dan dia juga begitu.

“Meskipun agak sukar dan mustahil kerana kami kini berada di ranking yang rendah, namun kami terutamanya saya, sedia sahut cabaran dan mahu mencuba memungut mata untuk melayakkan diri ke Olimpik 2024 di Paris.

“Memang kelihatan terburu-buru, tapi saya mesti tetapkan sasaran kerana umur saya juga sudah tinggi, 24 tahun. Pada Olimpik Paris 2024 saya 26 dan jika menunggu Olimpik 2028, entah apa kedudukan saya ketika itu,” kata Tang Jie.

Jurulatih lebih tahu kelebihan, kekurangan dan kesesuaian pemain-Yap Ling.

Walaupun sukar, Tang Jie menafikan sebagai pemain, mereka bukannya tidak berpeluang langsung.

Katanya, paling utama ketika ini cuba memenangi kejohanan besar yang disertai menjelang Mei apabila kiraan mata ke Olimpik 2024 bermula.

Pada 2016, Tang Jie yang bergandingan dengan Ee Wei menang pingat gangsa Kejohanan Remaja Dunia yang berlangsung di Bilbao, Sepanyol, apabila tewas kepada gandingan China, He Jiting-Du Yue.

Video Terkini

Loading...