PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp menegaskan dia tidak akan meninggalkan kelab itu melainkan dia terpaksa, dan membayangkan perubahan di Anfield pada musim panas.
Reaksi tersebut disuarakan pengendali kelahiran Jerman itu di tengah-tengah prestasi buruk untuk The Reds, yang berada tangga kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris dan 10 mata di belakang tempat empat teratas.
“Sama ada kedudukan pengurus berubah atau banyak perkara lain berubah, jadi itu bermakna mungkin ada titik di mana kita perlu mengubah perkara lain.
“Kita akan melihatnya, tetapi itu adalah sesuatu untuk masa depan. Seperti musim panas atau apa sahaja. Bukan sekarang.
“Saya mempunyai ruang dan masa untuk memikirkannya. Kami perlu bermain bola sepak dengan lebih baik sekarang,” kata Klopp.
Klopp mengulangi bahawa tidak mungkin ada lagi pemain yang akan mengikuti penyerang Belanda, Cody Gakpo pada Januari lalu, manakala trio tengah James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain akan tamat kontrak pada musim panas bersama dengan penyerang Roberto Firmino.
Liverpool tewas 0-3 ditangan Brighton pada hari Sabtu selepas apa yang disifatkan oleh Klopp sebagai persembahan yang “sangat teruk”, dan dia berkata pasukannya perlu “kembali kepada asas” untuk memperbaiki prestasi mereka.
Mereka akan menentang Wolves dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA pada hari Selasa ini dan menafikan dia terlalu setia kepada beberapa pemainnya.
“Ya, sudah tentu saya pernah mendengarnya. Saya pernah mendengarnya sebelum ini dan tidak.
“Saya setia. Saya rasa semua orang patut setia, tetapi saya tidak terlalu setia,” tegasnya.