BARISAN kejurulatihan Harimau Malaya diketuai ketua jurulatih, Kim Pan-gon bersama pembantunya, Pau Marti Vicente serta jurulatih penjaga gol, Cho Junho, jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun meneruskan lawatan teknikal ke London, England selepas mereka semua turut melakukan lawatan teknikal ke Barcelona dan Mallorca pada April 2023.
Di sepanjang tempoh seminggu di London, barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya itu telah berpeluang untuk menyaksikan sesi latihan pasukan West Ham United, melawat fasiliti latihan kelab berkenaan serta bertemu beberapa pegawai dan staf kejurulatihan kelab termasuk pengurus West Ham United, David Moyes.
Selain itu, mereka turut ke Brighton & Hove Albion bertemu bersama beberapa staf teknikal dan kejurulatihan kelab berkenaan.
Lawatan Teknikal Staf Kejurulatihan Harimau Malaya Ke London
▶️ Baca selanjutnya di https://t.co/6EWs2miiAj
——–
Harimau Malaya Coaching Staff Conduct Technical Study Visit to London
▶️ Read more at https://t.co/6EWs2miiAj#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/Q9z5jjIpQ7
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) May 2, 2023
Sepanjang berada di London itu, Pan-gon dan staf kejurulatihannya juga berkesempatan menyaksikan dua perlawanan Liga Perdana Inggeris 2022/23 iaitu West Ham United bertemu Liverpool serta Brighton & Hove Albion menentang Wolverhampton Wanderers.
Pan-gon juga turut bertemu penyerang kebangsaan Korea Selatan, Hwang Hee-chan yang beraksi bersama Wolverhampton Wanderers selepas tamat perlawanan sebelum pulang dan di Kuala Lumpur pada Isnin.
Ini adalah sebahagian lawatan teknikal bagi memantapkan lagi persediaan barisan kejurulatihan untuk mempersiapkan pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi beberapa siri perlawanan persahabatan pada Jun, September dan Oktober sebelum bertanding di Piala Asia AFC pada Januari 2024.