IMPIAN Leong Jun Hao di Masters China berakhir di pusingan kedua, namun pertembungan menentang juara dunia, Li Shi Feng dianggap sebagai pengalaman yang menjadikannya lebih matang.

Jun Hao tewas dalam pertarungan tiga set apabila tunduk 11-21, 21-19, 8-21 kepada pemain nombor empat dunia itu.

Biarpun kecewa gagal mengatasi lawan sama dua mi ggu berturut-turut selepas tewas di suku akhir Terbuka Hong Kong, pemain berusia 24 tahun itu enggan melihat kekalahan sebagai kelemahan sebaliknya satu pelajaran berharga.

“Bukannya kurang, tapi lebih kepada taktik dan teknik sebab ada angin yang beri kesan pada set terakhir,” katanya.

Jun Hao yang sempat mendahului 19-13 pada set kedua mengakui kehilangan momentum selepas Shi Feng bangkit menyamakan kedudukan 19-19.

“Bukan kacau fokus, tapi lebih kepada momentum sebab bila dia dapat kejar, suasana jadi lebih tegang,” jelasnya.

Selepas dua minggu beraksi di Hong Kong dan China, Jun Hao menganggap tempoh itu membantunya berkembang dari segi teknikal dan kematangan di gelanggang.

“Saya ambil yang baik ini dan terus move on ke depan,” katanya yang akan menumpukan fokus untuk kejohanan seterusnya di Korea.