IMPIAN menyaksikan pertembungan sesama wakil negara di suku akhir Masters China 2025 tidak kesampaian apabila beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir di pusingan kedua, sebentar tadi.
Pasangan ranking kelapan dunia itu dikejutkan dengan kekalahan kepada beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana dalam pertarungan 58 minit yang berlarutan ke rubber game sebelum tunduk, 10-21, 23-21, 14-21.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir di pusingan kedua Masters China.
Keputusan itu bermakna wakil Indonesia terbabit akan menjadi seteru Aaron Chia-Soh Wooi Yik di suku akhir, esok. Aaron-Wooi Yik ke suku akhir selepas mengharungi perlawanan getir sebelum menang 14-21, 21-15, 25-23 ke atas gandingan England, Ben Lane-Sean Vendy.
Selain Aaron-Wooi Yik, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut ke suku akhir selepas menjinakkan pasanfan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-16, 22-20, akan berdepan wakil Indonesia. FAJAR Alfian-Muhammad Sohibul Fikri.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mula dapat momentum, layak ke suku alhir Masters China.
Turut lolos, beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah yang mudah mengatasi wakil Amerika Syarikat, Francesca Corbett-Jenny Gai 21-11, 21-8.
Mereka akan bersepan jagoan Korea, Baek Ha Na-Lee So Hee yang menjinakkkan pasangan muda negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting, 21-13, 21-13.
Wakil keempat negara ke suku akhir adalah juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang akan menentang pasangan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.