“TIADA apa saya nak kongsi hari ini, tapi memang kami berbincang mengenai Piala Thomas, nantikan pengumuman rasmi dari pasukan saya (Team LZJ),” demikian menurut Lee Zii Jia ketika meninggalkan Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.
Kehadiran pemenang pingat gangsa sukan Olimpik Paris 2024, ke ABM bersama jurulatihnya Liew Daren dan perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Prestasi ABM, Datuk Seri Lee Chong Wei, untuk proses negosiasi setelah kedua-duanya dijemput menyertai pasukaan negara menghadapi saingan Piala Thomas dan Uber di Horsens, Denmark, April depan.
Menurut Chong Wei, persetujuan dari Zii Jia bagaimanapun belum dimuktamadkan, selepas perbincangan serius kurang satu jam berakhir.

“Kita dah discuss and dia minta satu minggu untuk fikir. We hope dia boleh join the team.
“We always welcome Zii Jia in the Thomas Cup team because I think dia juga have an experience sebab banyak kali juga main di competition itu,” katanya, ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.
Dalam pada itu Chong Wei turut berkongsi mengenai persediaan skuad Piala Uber, apabila memberitahu, barisan kejurulatihan mahu Jin Wei membantu memperkuatkan skuad wanita.

Goh Jin Wei seperti Lee Zii Jia, memerlukan tempoh seminggu lagi sebelum mengesahkan sertai atau sebaliknya skuad Piala Thomas dan Uber.
Bagaimanapun katanya, Jin Wei juga belum memberi sebarang keputusan berhubung penyertaannya dan dijangka akan memberinya selewat-lewatnya minggu hadapan.
“Ini semua adalah keputusan Kenneth Jonassen. I just support dia punya keputusan and plan dia for our national team,” katanya.