RATU skuasy negara, S Sivasangari terus membuktikan statusnya sebagai bintang apabila melonjak ke ranking tertinggi dalam kariernya di tangga keenam dunia.

Peningkatan itu hadir selepas penampilan cemerlangnya mara ke final Terbuka Silicon Valley minggu lalu sebelum tunduk kepada pilihan utama, Olivia Weaver (Amerika Syarikat).

Pemain kelahiran Kedah itu menewaskan bintang ternama seperti Kenzy Ayman, Amanda Sobhy dan Salma Hany dalam laluan menakjubkan ke pentas akhir kejohanan bertaraf emas PSA itu.

Lonjakan ke kedudukan keenam dunia itu menyaksikan Sivasangari memintas dua pesaing utama, Satomi Watanabe dari Jepun dan Tinne Gilis dari Belgium.

Bagaimanapun penanpilannya di kejohanan bertaraf Platinum PSA di Terbuka AS, pagi tadi berakhir di pusingan kedua selepas tunduk kepada pemain bukan pilihan, Sana Ibrahim dari Mesir 1-3 (11-13, 122-10, 9-11, 10-12).