TERENGGANU FC memastikan slot ke Piala AFC musim depan selepas meraih kemenangan penting 3-1 mengatasi Kedah Darul Aman FC dalam aksi terakhir Liga Super di Alor Setar, sebenar tadi.

Sedar tiga mata wajib dicapai, tidak perlu menunggu lama, Faisal Halim mengejutkan tuan rumah dengan membuka tirai jaringan seawal minit keempat. Tchetche Kipre menggandakan kelebihan Terengganu m-16.

Penguasaan anak buah Nafuzi Zain berterusan sepanjang babak pertama sementara percubaan berbahaya Kedah mudah ditangkis benteng pertahanan pelawat.

Tchetche Kipre kembali meledak menjaringkan gol ke-13 peribadinya musim ini m-74 dan Kedah hanya memperoleh gol sagu hati tiga minit menerusi Dechi Marcel sebelum ke wisel penamat ditiupkan.

Misi ke Asia tercapai selepas pencabar tangga kedua, Sabah FC tumpas 3-0 kepada juara musim ini, Johor Darul Ta’zim di Iskandar Puteri.

Manakala, satu lagi pasukan yang turut serta dalam perlumbaan ke Asia, Negeri Sembilan FC terpaksa gigit jari kalah dua gol tanpa balas dalam pertembungan di Kuantan bertemu Sri Pahang.

Lain-lain keputusan, PJ City kalahkan 1-0 Kuala Lumpurt City, Penang terikat 1-1 Selangor FC sementara Sarawak United menang 1-0 ke atas Melaka United.